Terima Kasih Atas Kepercayaan Anda!
Lesen Turast AI anda kini telah aktif. Sila akses aplikasi serta kesemua bonus eksklusif anda di bawah.
Turast AI 4.0
Kemaskini terakhir: 27 Oktober 2026
Panduan Log Masuk
- Gunakan alamat e-mel yang anda gunakan semasa pembelian untuk log masuk ke dalam aplikasi.
- Demi keselamatan dan kelancaran bersama, satu akaun dihadkan maksimum pada 2 peranti (device) secara serentak.
- Sekiranya tidak dapat log masuk secara serta-merta, sila tunggu 1-3 jam dari waktu pembelian kemudian cuba log masuk semula (proses pengaktifan akaun).
Syarat Penggunaan TurastAI
TurastAI merupakan perisian bantu digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu pencarian, semakan rujukan, dan penyelidikan literatur Islam klasik (turath).
- Bukan autoriti keagamaan. TurastAI bukan pengganti kepada para alim ulama, guru, proses talaqqi, mahupun institusi fatwa rasmi.
- Dapatan AI boleh mengandungi kekhilafan. Jawapan, terjemahan, atribusi pandangan mazhab, serta kesimpulan yang dijana boleh mengandungi kesilapan atau kekurangan.
- Pengesahan sumber asal adalah wajib. Pengguna disarankan memeriksa teks asal kitab, konteks perbahasan, edisi cetakan, jilid, halaman, serta kesahihan petikan sebelum menjadikannya sebagai hujah atau rujukan.
- Bukan untuk mengeluarkan fatwa secara kendiri. Dapatan TurastAI sama sekali tidak boleh dianggap sebagai fatwa yang mengikat atau satu-satunya asas dalam menentukan hukum agama.
- Tanggungjawab penggunaan. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semakan dan penggunaan dapatan mengikut keperluan, tahap ilmu, dan konteks masing-masing.
- Batasan jaminan. TurastAI disediakan semata-mata sebagai alat bantu penyelidikan. Tiada sebarang jaminan bahawa setiap jawapan sentiasa tepat, lengkap, atau bebas daripada ralat.
Bonus Eksklusif Anda
Kesemua bahan bonus boleh diakses secara terus di bawah ini:
1. Pangkalan Data PDF Kitab Turath Salaf & Kontemporari
Akses kepada ribuan kitab berformat PDF berkualiti tinggi terus melalui saluran dan kumpulan Telegram rasmi:
2. Aplikasi AI Auto-Slide Bantahan Ilmiah Salafi-Wahabi
Penjana automatik untuk menyusun kandungan karusel media sosial bagi tujuan pendidikan dan penerangan ilmiah berlandaskan dalil turath.
3. Aplikasi AI Penghasil Video Kisah Islami
Akses panduan prompt berstruktur dan alatan bantu untuk menghasilkan video penceritaan dakwah yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Cadangan & Maklum Balas
Kami sentiasa menambah baik kualiti Turast AI. Sekiranya anda mempunyai sebarang isu teknikal atau cadangan penambahbaikan, sila hubungi admin WhatsApp kami.